Kepada semua pelajar yang dikasihi 2Cengal dan 2Meranti..
PENGHARGAAN,PENDAHULUAN,OBJEKTIF KAJIAN,KAWASAN KAJIAN DAN KAEDAH KAJIAN perlu dilakukan semasa cuti sekolah.Sila hantar pada 11 Jun 2012 untuk semakan.Pelajar diberi pilihan untuk menaip atau tulis tangan untuk kerja kursus ini. Kegagalan anda menghantar selepas 11 Jun 2012 akan mengakibatkan markah anda ditolak.
Wednesday 23 May 2012
Kaedah Kajian
KAEDAH KAJIAN
Sepanjang kajian ini dijalankan, kedah kajian yang digunakan ialah:
1) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan terhadap bentuk muka bumi kawasan kajian, fungsi petempatan dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kami mencatatkan apa yang diperhatikan. Lihat Borang Pemerhatian di Lampiran 1.
Pemerhatian juga dulakukan terhadap ciri kawasan kajian dan tenpat sekitarnya. Ciri-ciri penting telah direkodkan.
2) Soalselidik
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden.
3) Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang pengguna yang berkunjung ke kawasan kajian.
4) Rujukan
Saya merujuk kepada buku teks dan buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
5) Internet
Saya juga menggunakan internet untuk mendapatkan peta kawasan

Kawasan kajian
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Bandar Kinrara sebagai kawasan kajian kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal saya. (Cari maklumat tentang kawasan kajian di internet)(Rujuk buku teks Geografi Tingkatan 2 sebagi contoh untuk tajuk kajian ini).
PETA LAKAR 1 : PETA BANDAR KINRARA
PETA LAKAR 2: PETA KAWASAN KAJIAN (CONTOH:GIANT BANDAR KINRARA)
Nyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi yang dialankan contohnya :perniagaan yang dijalankan di Giant Bandar Kinrara.

Contoh Objektif Kajian
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:
1) mengkaji fungsi ekonomi Bandar Kinrara.
2) menyenaraikan dan menghuraikan saling kaitan antara fungsi ekonomi dengan pembangunan di kawasan
kajian.

Contoh Pendahuluan
PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja mali untuk menghubungkaitkan tema-tema geografi yang telah dipelajari dalam Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 2. Saya telah memilih tajuk " Kajian Fungsi Ekonomi dan Perkembangannya di Bandar Kinrara" untuk Kajian Geografi Tempatan.
Saya mengkaji aspek tentang fungsi ekonomi,faktor-faktor yang mempengaruhi fungsi ini serta kaitannya dengan pembangunan di kawasan kajian. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah tiga bulan. Saya telah menemuramah 20 orang responden terpilih bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk yang telah diberikan. Semua responden yang saya temui telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya.
Justeru itu, saya dapat menjimatkan masa dan memudahkan kajian lapangan. Semua maklumat dan data yang diperolehi telah direkod dan dikumpulkan.Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan,saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.
Contoh Penghargaan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah saya Sekolah Menengah Seksyen 3 Bandar Kinrara iaitu Encik Shamsul Azha Mohd Yusof dan juga kepada guru Geografi ,Cik Zarinah binti Zakaria kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan sokongan kepada saya termasuk juga pelajar-pelajar lain untuk melakukan kerja kursus ini.
Terima kasih juga kepada ayah saya ____________________ yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus Kajian Geografi ini dan juga ibu saya .................................... yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini lebih awal. Juga kepada rakan-rakan yang telah menolong dan memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Saya jugamengucapkan terima kasih kepada 20 orang responden yang telah banyak memberikan kerjasama yang baik dan memberikan maklumat ketika temu bual dilakukan sepanjang kajian ini dijalankan.
Sekian, terima kasih
Kajian Geografi Tempatan Geografi Tingkatan 2
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
Rumusan
Lampiran
Lampiran
Rujukan
Subscribe to:
Posts (Atom)