Wednesday 23 May 2012

Contoh Pendahuluan


                                                                        PENDAHULUAN


                 Kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja mali untuk menghubungkaitkan tema-tema geografi yang telah dipelajari dalam Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 2. Saya telah memilih tajuk " Kajian Fungsi Ekonomi  dan Perkembangannya di Bandar Kinrara" untuk Kajian Geografi Tempatan.
                  Saya mengkaji aspek tentang fungsi ekonomi,faktor-faktor  yang mempengaruhi fungsi ini serta kaitannya dengan pembangunan di kawasan kajian. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah tiga bulan. Saya telah menemuramah 20 orang responden terpilih bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk yang telah diberikan. Semua responden yang saya temui telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya.
                Justeru itu, saya dapat menjimatkan masa dan memudahkan kajian lapangan. Semua maklumat dan data yang diperolehi telah direkod dan dikumpulkan.Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan,saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.

No comments:

Post a Comment