Wednesday 23 May 2012

PERHATIAN!!!

          Kepada semua pelajar yang dikasihi 2Cengal dan 2Meranti..
PENGHARGAAN,PENDAHULUAN,OBJEKTIF KAJIAN,KAWASAN KAJIAN DAN KAEDAH KAJIAN perlu dilakukan semasa cuti sekolah.Sila hantar pada 11 Jun 2012 untuk semakan.Pelajar diberi pilihan untuk menaip atau tulis tangan untuk kerja kursus ini. Kegagalan anda menghantar selepas 11 Jun 2012 akan mengakibatkan markah anda ditolak.

Hasil kajian,rumusan,rujukan

rujuk buku teks sebagai contoh

Kaedah Kajian

                                                                          KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, kedah kajian yang digunakan ialah:

1) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan terhadap bentuk muka bumi kawasan kajian, fungsi petempatan dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan.  Kami mencatatkan apa yang diperhatikan. Lihat Borang Pemerhatian di Lampiran 1.
Pemerhatian juga dulakukan terhadap ciri kawasan kajian dan tenpat sekitarnya. Ciri-ciri penting telah direkodkan.

2) Soalselidik

Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden.

3) Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang pengguna yang berkunjung ke kawasan kajian.

4) Rujukan
Saya merujuk kepada buku teks dan buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

5) Internet
Saya juga menggunakan internet untuk mendapatkan peta kawasan

Kawasan kajian

                                                                       KAWASAN KAJIAN


                    Saya telah memilih Bandar Kinrara sebagai kawasan kajian kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal saya. (Cari maklumat tentang kawasan kajian di internet)(Rujuk buku teks Geografi Tingkatan 2  sebagi contoh untuk tajuk kajian ini).
             


                   PETA LAKAR 1 : PETA BANDAR KINRARA
                   PETA LAKAR 2: PETA KAWASAN KAJIAN (CONTOH:GIANT BANDAR KINRARA)

                   Nyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi yang dialankan contohnya :perniagaan yang dijalankan di Giant Bandar Kinrara.

Contoh Objektif Kajian

                                                            OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

1) mengkaji fungsi ekonomi Bandar Kinrara.

2) menyenaraikan dan menghuraikan saling kaitan antara fungsi ekonomi dengan pembangunan di kawasan  
    kajian.


Contoh Pendahuluan


                                                                        PENDAHULUAN


                 Kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja mali untuk menghubungkaitkan tema-tema geografi yang telah dipelajari dalam Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 2. Saya telah memilih tajuk " Kajian Fungsi Ekonomi  dan Perkembangannya di Bandar Kinrara" untuk Kajian Geografi Tempatan.
                  Saya mengkaji aspek tentang fungsi ekonomi,faktor-faktor  yang mempengaruhi fungsi ini serta kaitannya dengan pembangunan di kawasan kajian. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah tiga bulan. Saya telah menemuramah 20 orang responden terpilih bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk yang telah diberikan. Semua responden yang saya temui telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya.
                Justeru itu, saya dapat menjimatkan masa dan memudahkan kajian lapangan. Semua maklumat dan data yang diperolehi telah direkod dan dikumpulkan.Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan,saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.

Contoh Penghargaan



                                                                  PENGHARGAAN

                                 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah saya Sekolah Menengah Seksyen 3 Bandar Kinrara iaitu Encik Shamsul Azha Mohd Yusof  dan juga kepada guru Geografi ,Cik Zarinah binti Zakaria kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan sokongan kepada saya termasuk juga pelajar-pelajar lain untuk melakukan kerja kursus ini.  
                               Terima kasih juga kepada ayah saya ____________________ yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus Kajian Geografi ini dan juga ibu  saya .................................... yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini lebih awal. Juga kepada rakan-rakan yang telah menolong dan memberi kerjasama  semasa kajian ini dijalankan.
                              Saya jugamengucapkan terima kasih  kepada 20 orang responden yang telah banyak memberikan kerjasama yang baik dan memberikan maklumat ketika temu bual dilakukan sepanjang kajian ini dijalankan.

Sekian, terima kasih

Kajian Geografi Tempatan Geografi Tingkatan 2

                  SENARAI KANDUNGAN


TAJUK                                         MUKASURAT

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif kajian

Kawasan kajian

Kaedah kajian

Hasil kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan